Tanya

Image result for japan quote anime guy tumblr
now ?
Kalau mungkin nanti kamu berjumpa seorang yang kepercayaannya pada orang langsung tiada,
--- Tenang dulu. Mungkin dahulunya dia mudah memberi percaya tetapi sering juga dikhianati percayanya. 

Kalau nanti kamu bertemu seorang yang terlalu ingin berdikari 
--- Tenang dulu, mungkin saja dia sudah penat mengharap pada manusia yang tak mampu membantunya apa apa.

Kalau nanti kamu bertemu seorang yang terlalu banyak diam dari bicaranya 
---Tenang dulu, mungkin saja percakapannya sebelum ini banyak memberi harapan yang kemudiannya melukakan lalu sekarang dia memilih untuk diam.

Kalau nanti kamu bertemu dengan seorang yang tak gemar ambik peduli tentang apa yang diperkatakan kepadanya.
--- Tenang dulu, mungkin saja dia sudah penat dengan bebel bebel dunia yang tak pernah merasa puas, yang sentiasa mahu kesempurnaan. Dia penat.

Kalau nanti kamu bertemu dengan seorang yang ceria ceria saja di depan, hidup indah bak tiada dugaan datang mencuit
--- Tenang dulu, jangan melulu . Mungkin, itu saja caranya untuk menyembunyi duka.

Tenang saja, tenang saja. Mungkin ada sebab kenapa dia sebegini  dan kenapa dia sebegitu. Dan jika nanti kau bertemu aku lagi, aku mahu pesan satu;

--- Bahawasanya aku yang kini ialah aku yang baru . Yang sentiasa memberi jalan untuk kau lempar semua pandangan. Hakimi saja aku. Aku tak mahu ambil tahu kerana bukan lagi tugasku untuk meyakinkan kamu yang telah dahulu memilih untuk percaya melulu sebelum bertanya pada aku.Sejujurnya aku terlalu penat untuk memberitahu.

19:12 | 5/3/18
Semoga semuanya sihat sihat saja

Comments

Popular posts from this blog

peluang

RANTS

ImAef ver.