ImAef ver.

Some friendships fade. People grow apart, lose touch, want different things. Dreams woven together, unravel.
— 
Kimberly Marcus, Exposed 

Ramai yang kita jumpa, berkongsi cerita berkongsi rasa berkongsi suka. Either teman, kawan biasa, kenalan socmeds (baca: social media), makcik pakcik stesen bas. Banyak , ramai.
Cuma adakah yang datang dan pergi dari hidup kita itu memberi kesan ? ataupun hanya sekadar berlalu sama seperti berlalunya masa ?

Masa berlalu , jumpa orang baru .
Yang dulu, entahlah. Apa masih ingat aku?

Biasalah tu konsep people comes and go. Kita pun macam tu. Ada masa kita jadikan mereka sebagai persinggahan . Ada yang kekal ada yang kejap kenal lepastu kita lupa. 
Pernah terfikir tak apa yang dah kita tinggalkan dalam hidup seseorang lepas kita blah ?

Ada yang tinggalkan cerita untuk dijadikan bekal kekuatan
Ada yang tinggalkan derita untuk kita belajar jadi lebih kuat
Ada yang tinggal kenangan
Dan ada juga yang pergi tak tinggalkan apa apa. Haha so kita yang mana ?

Sedikit masa ang berbaki ni, aku rasa eloklah kita jadi yang terbaik dan tinggalkan yang baik baik sebelum kita benar benar menjadi orang yang meninggalkan . Kan ? well, supaya ada bekal untuk dibuat makan bila rindu mula berlapar. Kahkah akward pulak mengayat cenggini. Tapi betul lah weh.
masa kita bukannya lama pun, ada masa kita bertemu yang baru , ada masa kita berpisah dengan yang dulu. Itulah hidup. Nak taknak kena la terima. 
Random gila aku cakap ni, sebab mungkin lepasni ada yang bakal pergi tinggalkan membe membe sekolah , membe membe kolej , tinggalkan rumah, tinggalkan family, or tinggalkan dunia ? haha who knows.

So, jadi jelah yang baik baik tinggalkan yang baik baik , even kalau taknak diingati dengan kebaikan sekalipun, jangan lah pula kita tinggalkan luka calar yang pada akhirnya hanya mendukakan orang lain.

***
wei aku nak bagi something ni, malam karang aku whatssap kau. 

" Hah apa pulak kau kalini, apesal tak bagi je sekarang. Dah jumpa depan depan ni
Im membebel sambil tangan try hard nak bukak plastik lolipop strawberi yang Aef bagi dekat dia tadi.

Aku nak kau simpankan semua username passwords akaun aku. Segala instagram, twitter, blog, facebook semualah. Kau simpankan eh? tapi janji jangan bukak langsung selagi aku tak suruh kau bukak. Aef membalas soalan Im tenang. Dia dah biasa dengar bebel Im si budak kecik tu.

" Heh, kau gila ke ? kau percaya aku? okay okay so mana password kad bank kau , taknak bagi sekali ke? " . Ceh suka betul perli membe sendiri .

...

" bro ni semua password akaun aku, kau jangan buka dan jangan buat apa apa selagi aku ada. In case oneday apa apa jadi dekat aku, aku nak mintak tolong kau , tolong delete-kan eh . Tolong delete kan semua akaun aku. Aku taknak orang ingat aku lepastu koyak. Haha okay gurau je. Tolong eh ? thanks ! "

Im baru bukak mesej di whatssap lepas seharian busy bantu apa yang patut dekat rumah mak ayah Aef. Syukur urusan pengkebumian Aef berjalan lancar dan tenang.

Hmm macam tahu tahu je Aef ni. Im cakap sorang sorang sambil scroll skrin handphone -- nak selesaikan apa yang Aef minta.

***

8/11/2017 | 12:49pm
jangan lupa, tinggalkan yang baik baik 

Comments

Popular posts from this blog

peluang

Lyubov.

RANTS