FEBRUARY24

Okay hai. Haha awkward gila fuh. Awkward baca tulisan sendiri. Awkward nak menulis lagi. Tapi takpa, nak tulis jugak. Aku tulis awal sikit post ni nanti 24 Februari aku publish lah.

Tiga hari awal aku tulis ni. Haha takda apa pun cuma nak cakap terima kasih sebab ada dan selalu ada. Hari aku publish ni tarikh birthday aku kut, sengaja tulis awal sebab poyo.  Mana lah tahu kut 24 hari bulan nanti busy lepastu tak sempat nak update walaupun takda orang baca tapi nak update jugak. Well tu la sebab aku update blog, sebab hanya orang yang nak baca je dapat baca. Haaa, lagi sekali poyo! Hahaha Alhamdulillah, dah 21 tahun bernafas tanpa gagal, lelah tu biasalah. Manusia kut. Kalau ada rezeki, InsyaAllah lagi  beberapa hari tambah la lagi umur.

Umur ni makin bertambah makin pendek. Sedar sedar dah hampir pertengahan 20-an. Gila lah aku tak tahu apa je yang aku dah sumbang dekat orang lain. Sia sia jelah masa muda kalau tak guna tenaga untuk benda faedah sikit. Nanti mati, tak tahu nak menjawab apa dekat tuhan. Oh ya cakap pasal mati, semoga kita dimatikan waktu tuhan redha dengan kita, amal kita, serta tiada dosa disamping kita.

(Haaa aku tak tahu ni nak cakap apa. Akward lagi ni.)

Okaylah. So boleh kita mulakan appreciation post kita? Haha haha kalaulah engko tahu betapa aku tengah awkward dan malu waktu tengah taip post ni.  Entah apa apa. Tapi tu la tu. Baik engko baca sampai habis, kalau tak sesia je awkward aku ni!

Terima Kasih

Mula mula sekali, terima kasih sebab baca, yela usaha jugak kan bukak link ni lepastu baca apa aku tulis ni. Erm, terima kasih sebab ada selalu, jauh atau dekat. Yang secara terang mahupun diam mendoakan, ambil berat, dan sedia menolong walaupun ada yang di antara kita, tak adalah kenal mana pun. Tapi jiwa engkorang terlalu baik, sampai ke sini aku dapat rasa kebaikan tu. Teruskanlah. Teruskan berbuat baik kepada semua. Macam mana engkorang selalu berbuat baik dengan aku sebab kita tak pernah tahu betapa kebaikan yang kita buat dekat orang lain dapat beri kesan besar sama ada dalam  hidup kita ataupun kehidupan orang lain.

Kadang kadang kita takda idea pun macam mana kehadiran kita dalam hidup orang, walaupun sekejap tapi banyak beri kesan. Contohnya, menghidupkan dan menyedarkan.

Ada orang, in real life nya memang la nampak macam orang biasa, buat kerja seharian, pergi makan, bersosial, dan sebagainya. Tapi di dalam dia, rasa kosong sangat, rasa mati, tak hidup. Apa yang dia buat sepanjang hidup dia hanyalah rutin sekadar untuk habiskan 24 jam yang dia ada sampailah dia tidur sebagai tanda penamat hari dia. Hari esoknya, ulang perkara yang sama sampai habis 24 jam yang seterusnya. Hidup sekadar penuhi syarat, buat apa yang wajib; mandi, makan, solat, tidur, dan kerja. 

Tak ada benda nak dicapai, tak ada matlamat, tak live a life sebab jiwa dah lama rasa mati tapi siapa tahu, lepas hadirnya kita, hidup orang lain terus berubah. Kadang, kita cuma datang sekejap saja dalam hidup seseorang tetapi tanpa kita sangka, kehadiran kita sedikit sebanyak menghidupkan semangat orang lain. Ya dengan macam macam cara yang kadangkala kita sendiri tak perasan. contohnya waktu kita dengar masalah orang lain, waktu kita hulurkan sedikit bantuan.
We didn't expect that what we had done could give a big impact to someone's life, our existance for example. So lets just stop questioning our worth, we are already enough for someone who know our value.
Makin lari topik kan? ye aku tahu. Aku pun dah tak reti menulis sangat ni haha, apa pun teruslah berbuat baik, dengan orang lain, dengan diri sendiri. Sayang diri sendiri lepastu sayang orang lain jugak, tak rugi pun kita berbagi kasih sayang akan tetapi berpadalah ketika memberi. Jangan sampai menyakiti diri sendiri kerana terlalu memberi dan berharap. Sayang sajalah seadanya, semoga Maha penyayang Tuhan pun sudi sayang kita macam mana kita sayangkan makhlukNya.

Okaylah baik aku stop sini saja sebelum kelaut makin jauh. Apa apa pun terima kasih sebab ada, 22 tahun kehidupan aku tak akan jadi semenarik ini tanpa kehadiran engkorang yang datang calitkan warna masing masing. Terima kasih sebab selalu menjadi yang paling baik untuk aku, untuk kita.


210219//230219
Till we met soon, InsyaAllah.
12:28pm

Comments

  1. Selamat hari jadi (sekali lagi). Hmm, tak reti menulis macam ni pun sedap juga tulisannya. Terima kasih juga untuk ada dan kekal menjadi diri sendiri. Teruskan istiqamah, sempoi dan dipermudahkan ya dik dalam apa jua. Jaga diri dan semoga tercapai semua impian serta cita-cita. insya-Allah. Ameen!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakak sayang. Heee amin amin amin! 🖤

      Delete
  2. Selamat hari lahir (lagi). Oh ada blog ya. Tak tahu pun hehe. Teruskan menulis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak! Awak pun. Kuat selalu :)

      Delete
  3. Terima kasih sebab share ni, dari orang yang kadang kala yeke, selalu bertanya tentang adakah diri ini bernilai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Update

ImAef ver.