TAHU.


Kita tahu mati mendekat , tapi kita masih berjimba gembira dengan dosa
Kita tahu makin hari makin hati mengeras, tapi kita tak pula mencuba lembutkannya
Kita rasa , makin hari kita makin berubah , berubah jauhh jauhh kebawah , tapi kita tak cuba nak naikkan diri , tinggikan iman .

Aduh kita dah kenapa ? Apa sudah lupa sama janji janji tuhan ?
Kita yakin benar yang kita bakal dapat syurga tanpa usaha. Heh.ini lawak. Sedangkan Rasulullah yang secara pastinya menjadi ahli syurga pun masih usaha keras , tambah ibadat  sedang kita ?

Goyang kaki hirup maksiat . Emm sedap .

Ehh jap , bukan nak salahkan sesiapa , bukan nak salahkan diri sendiri , bukan juga nak salahkan keadaaan sekeliling. Ya , memang iman jatuh naik itu biasa . Memang diri selalu leka itu biasa.

Memang futur itu biasa,
Tapi sampai bila mahu biasa dengan keterbiasaan itu ?

Beb , sampai bila nak jadi biasa? Bila nak jadi luar biasa ? Weh, masa kita dah tak lama. Tolak waktu makan , tolak waktu tidur , tolak kerja, tolak study , tolak itu ini , kita Cuma tinggal beberapa minit saja sebelum mati .

Beb, macam mana persiapan ?
I mean , persiapan untuk mati . Persiapan untuk  ke rumah baru ? Yela , aku tahu kita semua nak ada ‘ rumah ‘ yang super grand, luas seluas mata memandang , indah cantik ditemani teman amal , yela , walaupun alam kubur cumalah RNR sementara, mesti kita nak yang baik baik kan ? Nak yang lawa lawa kan ?

Takpa, sempat lagi nak bina sebuah syurga kecil di sana nanti , asal lu gua sempat taubat . Bukan setakat tau buat weh . Hahah . Dan asalkan lu gua sempat beramal sebanyaknya.


Semoga kita semua sempat . Dah , jangan nak bertangguh sebab macam yang aku cakap tadi , hidup kita dah tak lama weh !  Serius !  Bahkan , detik waktu tiga minit kedepan pun belum tentu milik kita .

Erm , weh , selamat Berjaya tau  , biar syurga jadi indikator kejayaan kita
Andai jatuh, teruslah bangun
Andai jauh teruslah lari semahunya . Lari sehingga sampai . Sampai di taman taman kejayaan iaitu syurga dan redha tuhan.
Semoga ALLAH sayang kita


Ikhlas,
Seorang f0d2b yang 'jauh'.

11:56am | 10/9/2015

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.