Kuwot


"...you will only find peace when you finally remove the thing that has occupied God's place in your heart."
-Yasmin Mogahed 

Betul lah tu. Banyak sangat kita isi hati kita dengan sesuatu yang selain dari tuhan, banyak sangat kita risaukan sesuatu yang di luar dari kawalan kita yang hanya tuhan sahaja yang mampu kawalkan. Banyak sangat kita isi dengan pengharapan tapi sayang apa yang kita harapkan tu, kita tak pulangkan dekat tuhan pun.

Kita isi diri kita dengan 'temporary distraction'. Kita cari keseronokan untuk isi rasa kekosongan. Sedangkan rasa kosong ni sepatutnya diisi dengan mengingati tuhan. 

Klise, ingat tuhan. Iyelah, selalunya kita rasa kosong sebab apa? Bukankah kerana jiwa kita lapar? Maka dengan apa lagi harus disuap jiwa yang lapar kalau bukan dengan kembali mengingati tuhan, baiki kekurangan diri dan perbetulkan mana yang silap?

Banyak lagi ruang dalam hati, maka kita isi lagi dengan pengharapan dan kebimbangan. Berapa ramai yang hidup sehariannya tertekan dan risau? Risaukan sesuatu yang di luar kawalan kita sendiri. Risaukan rezeki contohnya, risaukan jodoh, ajal, maut. Entah apa lah lagi yang kita risaukan. Macam macam lah, banyak sangat. Bukanlah tak boleh risau langsung, tetapi apalah makna risau kalau kita tak ada usaha pada tahap yang paling terbaik dan selebihnya kita biar tuhan uruskan? 

Ada lagi, kadang kadang kita rasa pilihan kita tu pilihan yang paling terbaik dah. Sampai tahap apa yang kita 'pilih' tu tak dituliskan untuk menjadi milik kita, maka kita kecewa. Itu belum masuk part rebel dengan tuhan, dengan semua orang, dengan diri sendiri, sebab apa yang kita usahakan kita tak dapat. Habis disalahkan semua orang. Tuhan pun kita salahkan. Padahal kita lupa, apa yang kita nak, tak semestinya itu yang terbaik untuk kita. Bukankah kita selalu  berdoa ke tuhan untuk selalu beri yang terbaik untuk kita? Tapi kenapa kita rebel pula bila kita tak dapat apa yang kita doa,  sedangkan pada hakikatnya tuhan lebih tahu apa yang terbaik dan apa yang tidak untuk kita?

Hati kita. Kita sendiri yang pilih untuk diisi dengan apa, untuk  dipulangkan pada siapa. Kalau diisi dengan sesuatu yang sementara, maka rasa kosong lah yang kita dapat. Kalau dipulangkan pada manusia dan apa apa sahaja selain tuhan maka mudah mudah sajalah kita kecewa.

Berlapang dada okay? Tuhan selalu tahu apa yang terbaik bahkan tuhan itu sendiri dah Maha Baik, tak mungkin Dia nak tinggalkan kita sorang sorang lepas Dia dah bawak kita harungi semua benda sejauh ni. Ada lah satu quote ni 

"God didn't bring you this far just to leave you" 

Hahah valid kan quote tu? Jadi rileks jelah, untuk apa apa keadaan pun, tuhan selalu ada. Makanya ruangkanlah sedikit tempat di dalam hati kita untuk Dia. Alright-lah, ciao!








1:15pm |260619
Ns.fn

Comments

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.