NEGLECT.
" kerana pada akhirnya , aku mahu kita berjalan menuju syurga tuhan bersama , dan bahagia di sana buat selama lamanya " --- thef0d2b
beb, lama dah rasanya kita berehat .
lama dah rasanya kita bergoyang kaki di zon selesa
sudah lama juga rasanya hati yang kosong ini minta diisi .
diisi dengan iman.
diisi dengan cinta .
cinta Allah.
cinta yang bukan cakap sekadar cakap. cinta yang perlu korbankan tidur malam , untuk tahajud . cinta yang perlu rabakkan hati tinggalkan dosa lama . ya . cinta itu perlukan pengorbanan .
cinta yang sesungguh sungguhnya . cinta illahi.
***
kau pernah rasa ?
rasa nak cerita sesuatu , rasa nak luahkan banyak perkara.
tapi kau tak tahu apa yang dikepala . apa yang mahu diluahkan .
kau buntu buat kali keseribu.
kau pernah rasa ?
rasa kosong , sekosong kosong kosongnya .
lalu kau isi kekosongan itu dengan perkara sia sia.
kau pernah rasa ?
rasa mahu undur diri .
dan memilih untuk mengalah daripada terus berlari ?
sedangkan di sana , ramai ummat yang berpusu pusu lari ke syurga.
kau pernah rasa ?
rasa serba tak kena bila kau buat sesuatu dosa.
tetapi dosa itu sedap lagi menyeronokkan .
kau rasa antara kau perlu tinggalkan dosa , dan lari ke arah syurga
atau
kau biarkan saja rasa bersalah itu hanyut , hanyut hanyut, dan kau ? lemas dengan "keseronokkan" dosa itu .
pernah ?
weh.
jom taubat ?
mohon maaf salah silap , selagi ada masa ,doakan, semoga kita bertemu di syurga.
22/10/2015
semoga nama kita terukir di bintang bintsng syurga
Allahumma ameen .
Comments
Post a Comment