NEGLECT.

" kerana pada akhirnya , aku mahu kita berjalan menuju syurga tuhan bersama , dan bahagia di sana buat selama lamanya " --- thef0d2b beb, lama dah rasanya kita berehat . lama dah rasanya kita bergoyang kaki di zon selesa sudah lama juga rasanya hati yang kosong ini minta diisi . diisi dengan iman. diisi dengan cinta . cinta Allah. cinta yang bukan cakap sekadar cakap. cinta yang perlu korbankan tidur malam , untuk tahajud . cinta yang perlu rabakkan hati tinggalkan dosa lama . ya . cinta itu perlukan pengorbanan . cinta yang sesungguh sungguhnya . cinta illahi. *** kau pernah rasa ? rasa nak cerita sesuatu , rasa nak luahkan banyak perkara. tapi kau tak tahu apa yang dikepala . apa yang mahu diluahkan . kau buntu buat kali keseribu. kau pernah rasa ? rasa kosong , sekosong kosong kosongnya . lalu kau isi kekosongan itu dengan perkara sia sia. kau pernah rasa ? rasa mahu undur diri . dan memilih untuk mengalah daripada terus berlari ? sedangkan di sana , ramai um...