TAHU.
Kita tahu makin hari makin hati mengeras, tapi kita tak pula
mencuba lembutkannya
Kita rasa , makin hari kita makin berubah , berubah jauhh
jauhh kebawah , tapi kita tak cuba nak naikkan diri , tinggikan iman .
Aduh kita dah kenapa ? Apa sudah lupa sama janji janji tuhan
?
Kita yakin benar yang kita bakal dapat syurga tanpa usaha.
Heh.ini lawak. Sedangkan Rasulullah yang secara pastinya menjadi ahli syurga
pun masih usaha keras , tambah ibadat
sedang kita ?
Goyang kaki hirup maksiat . Emm sedap .
Ehh jap , bukan nak salahkan sesiapa , bukan nak salahkan
diri sendiri , bukan juga nak salahkan keadaaan sekeliling. Ya , memang iman
jatuh naik itu biasa . Memang diri selalu leka itu biasa.
Memang futur itu biasa,
Memang futur itu biasa,
Tapi sampai bila mahu biasa dengan keterbiasaan itu ?
Beb , sampai bila nak jadi biasa? Bila nak jadi luar biasa ?
Weh, masa kita dah tak lama. Tolak waktu makan , tolak waktu tidur , tolak
kerja, tolak study , tolak itu ini , kita Cuma tinggal beberapa minit saja
sebelum mati .
Beb, macam mana persiapan ?
I mean , persiapan untuk mati . Persiapan untuk ke rumah baru ? Yela , aku tahu kita semua
nak ada ‘ rumah ‘ yang super grand,
luas seluas mata memandang , indah cantik ditemani teman amal , yela , walaupun
alam kubur cumalah RNR sementara, mesti kita nak yang baik baik kan ? Nak yang
lawa lawa kan ?
Takpa, sempat lagi nak bina sebuah syurga kecil di sana
nanti , asal lu gua sempat taubat . Bukan setakat tau buat weh . Hahah . Dan asalkan lu gua sempat beramal
sebanyaknya.
Semoga kita semua sempat . Dah , jangan nak bertangguh sebab
macam yang aku cakap tadi , hidup kita dah tak lama weh ! Serius !
Bahkan , detik waktu tiga minit kedepan pun belum tentu milik kita .
Erm , weh , selamat Berjaya tau , biar syurga jadi indikator kejayaan kita
Andai jatuh, teruslah bangun
Andai jauh teruslah lari semahunya . Lari sehingga sampai . Sampai
di taman taman kejayaan iaitu syurga dan redha tuhan.
Semoga ALLAH sayang kita
Ikhlas,
Seorang f0d2b yang 'jauh'.
11:56am | 10/9/2015
The best Blogger ^.^
ReplyDelete