Posts

Update

Hai. Aku ada je ni. Hidup je lagi macam biasa, lama aku diam since habis diploma. Setahun jugaklah tercari cari jalan. Alhamdulillah, managed to get a job few months after menganggur, dapat spend time lebih dengan family dan sekarang alhamdulillah, alhamdulillah ada rezeki aku untuk buat apa yang aku suka. So far apa yang aku rancang, itu yang aku dapat. Aku sambung degree dah, psychology. Cita cita aku kut. Since umur 15, sekarang dah 22. So aku quit kerja aku. Kerja yang aku expect aku akan tahan dalam 2 3 tahun, tak sangka 2 bulan je aku berpeluang. Tapi takpa, alhamdulillah 'ala kulli hal. Through thick and thin, melalui segala kebaraian emosi dan jiwa masa tak ada hala tuju hidup, now I'm on my path.  Aku tak rasa nak tidur ni, so bagi la peluang aku ranting dekat sini. Selalu sangat dah aku merapu dekat twitter, penat jugak. So aku lepak sini lah pulak, sini macam sunyi. Aku suka. Aku tak tahu apa aku fikir, tapi aku risau. Aku tak tahu apa aku ingat, tapi aku ri...

Kuwot

"...you will only find peace when you finally remove the thing that has occupied God's place in your heart." -Yasmin Mogahed  Betul lah tu. Banyak sangat kita isi hati kita dengan sesuatu yang selain dari tuhan, banyak sangat kita risaukan sesuatu yang di luar dari kawalan kita yang hanya tuhan sahaja yang mampu kawalkan. Banyak sangat kita isi dengan pengharapan tapi sayang apa yang kita harapkan tu, kita tak pulangkan dekat tuhan pun. Kita isi diri kita dengan 'temporary distraction'. Kita cari keseronokan untuk isi rasa kekosongan. Sedangkan rasa kosong ni sepatutnya diisi dengan mengingati tuhan.  Klise, ingat tuhan. Iyelah, selalunya kita rasa kosong sebab apa? Bukankah kerana jiwa kita lapar? Maka dengan apa lagi harus disuap jiwa yang lapar kalau bukan dengan kembali mengingati tuhan, baiki kekurangan diri dan perbetulkan mana yang silap? Banyak lagi ruang dalam hati, maka kita isi lagi dengan pengharapan dan kebimbangan. Berapa ramai yang...

FEBRUARY24

Okay hai. Haha awkward gila fuh. Awkward baca tulisan sendiri. Awkward nak menulis lagi. Tapi takpa, nak tulis jugak. Aku tulis awal sikit post ni nanti 24 Februari aku publish lah. Tiga hari awal aku tulis ni. Haha takda apa pun cuma nak cakap terima kasih sebab ada dan selalu ada. Hari aku publish ni tarikh birthday aku kut, sengaja tulis awal sebab poyo.  Mana lah tahu kut 24 hari bulan nanti busy lepastu tak sempat nak update walaupun takda orang baca tapi nak update jugak. Well tu la sebab aku update blog , sebab hanya orang yang nak baca je dapat baca. Haaa, lagi sekali poyo! Hahaha Alhamdulillah, dah 21 tahun bernafas tanpa gagal, lelah tu biasalah. Manusia kut. Kalau ada rezeki, InsyaAllah lagi  beberapa hari tambah la lagi umur. Umur ni makin bertambah makin pendek. Sedar sedar dah hampir pertengahan 20-an. Gila lah aku tak tahu apa je yang aku dah sumbang dekat orang lain. Sia sia jelah masa muda kalau tak guna tenaga untuk benda faedah s...

Jalan

Tenang, di sebalik apa yang Tuhan berikan, aku balas dengan senyum. Semoga kau juga begitu. Di sebalik apa yang Tuhan beri ; Sihat atau sakit Lapang atau sempit Senang atau rumit Gembira atau duka Semoga kau dan aku mampu menerimanya dengan selapang hati. Terkadang memang rasa susah nak hidup. Kau bayangkan eh, hidup tu macam jalan yang sangat panjang dan kau perlu berjalan sambil menggalas berat apa yang diberi oleh Tuhan untuk kau. Ada orang jalani hidup dengan menggalas kesakitan. Ada orang jalani hidup dengan menggalas kesenangan. Lain orang, lain apa yang digalasnya. Tapi senang atau susah, ringan atau berat apa yang digalasnya itu semuanya tetap ujian. Senang itu ujian. Susah juga ujian. Jalan hidup ni sumpah panjang, serius penat. Untuk kau bertahan mengharungi jalan yang panjang ini, maka bawalah rasa syukur itu bersama. Kemana mana. Semoga sentiasa dikurniakan rasa untuk bersyukur. Semoga kita kuat. Kau doakan aku juga ya? Surviving, 2/7/...

Tanya

Kalau mungkin nanti kamu berjumpa seorang yang kepercayaannya pada orang langsung tiada, --- Tenang dulu. Mungkin dahulunya dia mudah memberi percaya tetapi sering juga dikhianati percayanya.  Kalau nanti kamu bertemu seorang yang terlalu ingin berdikari  --- Tenang dulu, mungkin saja dia sudah penat mengharap pada manusia yang tak mampu membantunya apa apa. Kalau nanti kamu bertemu seorang yang terlalu banyak diam dari bicaranya  ---Tenang dulu, mungkin saja percakapannya sebelum ini banyak memberi harapan yang kemudiannya melukakan lalu sekarang dia memilih untuk diam. Kalau nanti kamu bertemu dengan seorang yang tak gemar ambik peduli tentang apa yang diperkatakan kepadanya. --- Tenang dulu, mungkin saja dia sudah penat dengan bebel bebel dunia yang tak pernah merasa puas, yang sentiasa mahu kesempurnaan. Dia penat. Kalau nanti kamu bertemu dengan seorang yang ceria ceria saja di depan, hidup indah bak tiada dugaan datang mencuit --- Tenang du...

ImAef ver.

“ Some friendships fade. People grow apart, lose touch, want different things. Dreams woven together, unravel. ” —  Kimberly Marcus,  Exposed   Ramai yang kita jumpa, berkongsi cerita berkongsi rasa berkongsi suka. Either teman, kawan biasa, kenalan socmeds (baca: social media), makcik pakcik stesen bas. Banyak , ramai. Cuma adakah yang datang dan pergi dari hidup kita itu memberi kesan ? ataupun hanya sekadar berlalu sama seperti berlalunya masa ? Masa berlalu , jumpa orang baru . Yang dulu, entahlah. Apa masih ingat aku? Biasalah tu konsep people comes and go . Kita pun macam tu. Ada masa kita jadikan mereka sebagai persinggahan . Ada yang kekal ada yang kejap kenal lepastu kita lupa.  Pernah terfikir tak apa yang dah kita tinggalkan dalam hidup seseorang lepas kita blah ? Ada yang tinggalkan cerita untuk dijadikan bekal kekuatan Ada yang tinggalkan derita untuk kita belajar jadi lebih kuat Ada yang tinggal kenangan Dan ad...

TUNANGAN

Kepada tunangan, Kita yang sejak dahulunya diikat tali sehingga kini . Satu masa pasti bertemu, dengan izinNya. Entah, terfikir fikir juga bagaimana rupamu --apakah elok , apakah tidak. Tak pernah bertemu,  dan semestinya seorang aku masih belum sedia bertemumu. Wahai tunangan, semoga kita ketemu dikala aku benar bersedia semoga bertemu dikala aku sudah cukup sempurna imanya Semoga bertemu dikala aku cukup indah dimata Dia. Tunangan, Jika bukan dengan ketetapan Tuhan, tentunya tidak dapat kita dipertemukan kelak. Semoga saja pertemuan kita pertemuan yang baik, maka bawalah aku dengan sebaik baiknya. Tunangan, Semoga kita punya cukup masa sebelum bertemu bertentangan. Semoga  kita benar benar suka saat kita bertemu dan bersama. Kerana pertemuan kita, pertemuan yang memulangkan kita kepada Pencipta. Kepada tunangan, aku cuma mahu pesan. Aku belum bersedia. Masih belum bersedia untuk bertemumu. Tunangan maut. 18/10/17 | 22:54

KAKAK TUA

Image
Empat belas sepuluh - dua kosong satu tujuh - terus lompat ke angka dua puluh Kepada si rabun spek petak hitam pink Kepada si perempuan acah kuat tapi di dalam siapa je tahu Gentapon forever, haha Malas la nak tulis sweet sweet sebab guwa tahu nanti lu nganjing guwa. hahaha ! k okay, selamat hari lahir. Dah 20 . Ada lagi 5 tahun nak prepare jadi mak orang, beberapa tahun nak jadi Dato Vida kedua, beberapa bulan nak grad, beberapa minggu lagi nak final dan beberapa hari je lagi nak bawa haluan sendiri. Dah 20, kena la kuat dan steady macam orang yang dah  20 tahun hidup, cengeng tu takpa, sebab pondan memang begitu, eh perempuan, bukan pondan. Tapi sebab untuk nangis dan sedih  tu kena recheck balik la dimana keperluannya ( untuk nangis ), haha takkan umur 20 pun nak nangis sebab baju kat ampaian basah kena hujan? kahkah. okay tak, gurau je. Tapi, terus kuat, maklumlah, dunia mana adil . Tapi chill je sebab tuhan tu ada dan tak lena macam aku. ___ Sanggu...

RESCUED

Image
" Ihh jangan jadi bodoh lah ! " laju Feth tepis tangan Im, berterabur lighter dengan batang batang rokok dalam kotak tu. Woi pehal kau ? mahal kut benda tu ! kau nak bayar ke ? " Ah kesah pulak la aku ? " Feth tahu im tu bukan tahan asap rokok pun, inikan pulak nk try smoking . Peparu pun taa kuad , heleh. Biar kau rugi yang sedikit daripada kau hilang yang 'semua'. *** Kau tahu, kita selalu sangka bukan bukan dengan tuhan . Selalu sangat dah. Contohnya bila kita tak dapat apa yang kita nak, ataupun apa yang kita ada ditarik semula. Stereotyped.  Kita rasa Tuhan tak adil. Kita tak perasan sedangkan Tuhan sedang menyelamatkan kita daripada sesuatu yang lebih besar kedepan sana, yang kita tak tahu.  Kau nak pergi bank tapi tiba tiba kad bank dalam wallet kau tertinggal dekat rumah . Frust sebab nak sampai ATM dah , takkan nak patah balik, konfirmlah kena hadap jem. tapi dah terpaksa .So kau pun redah lagi sekali jalan . Geram denga...

RANTS

Image
Kalau orang cakap hidup ni kena memberi, sebelah pihak lagi menerima -- give and take. Aku sedar akulah golongan yang paling banyak menerima. Terima sayang Terima cinta Terima bantuan Terima rasa kasihan Terima macam macam dalam macam macam bentuk. Budak budak hafiz hafizah, boleh bagi syurga dekat family family depa. Budak budak yang bijak gila brilliant, boleh bagi kebanggaan dekat mak ayah depa. Budak budak baik, boleh bagi ketenangan dekat semua. Orang berduit boleh belikan itu ini untuk diberi kepada sesiapa. Aku? Aku masih disini dengan tiada apa apa. Masih lagi menerima. *** Taktahu apa yang aku boleh beri, boleh sumbang . Maka aku pilih untuk tinggalkan yang baik-baik. Tolong itu ini, tinggalkan memori yang baik supaya bila aku takda nanti at least orang akan ingat benda best best pasal aku. Orang tak sedih. Haha. Susah. Tak senang nak kekal jadi baik selamanya. Pernah cuba, pernah berjaya tapi sekarang tidak. Mungkin tidak (...

peluang

"Treett..treet." Pendek dan nyaring namun jelas kedengaran nada di telefon menandakan ada yang memanggil entah dari mana. Iman jawab telefon, " Ha ye..?" Man, taknak balik ke ? aku dah nak habis cuti ni.  Pendek Eya menutur. Ringkas. Tapi itulah tuturan terakhir eya  dengan Iman. Sebelum Eya kemalangan. Sebelum dia ketemu Tuhan. *** Tahla wei, banyak je panggilan yang kita dapat, tapi tak semua terjawab. Banyak kali je kita biar peluang tunggu kita sampai satu masa peluang tu habis disapu masa. Peluang nak berjaya, peluang nak berubah, peluang nak bergerak dari satu point ke point yang baru. Contohnya. Andaikata peluang terakhir kita baru saja lenyap tadi, agak agak kita nak mintak dekat Tuhan lagi tak untuk peluang seterusnya? Yelah .. peluang kan sentiasa ada selagi mana nyawa masih terikat dibadan. Kalaulah Tuhan tak ciptakan peluang taubat, rasanya dah tentu tentu kita tahu dunia seterusnya kita dekat mana---neraka. nauzubillah. Tapi hidup ni p...

Lyubov.

Image
Suatu masa dulu, aku pernah diajar sama makna "  diam itu juga bahasa" . Tak faham kenapa  perlu diam sedangkan bersuara adalah cara. Jalan yang sebetulnya --- itu aku ketika dulu.Sampai masa kita mendewasa, Biar saja masa dewasa kita membuka ruang untuk kita faham apa yang tak terfahamkan pada masa lalu. *** Dah jauh kita sampai sini. Rindu . Rindu sebenarnyna. Rindu ini berbahasa diam , Kerana diam itu juga bicara-- yang tak semua mampu faham. Harap aku. semoga saja kau faham. pada lapangan masa yang luas dan tak terhentikan. harap aku agar kita tak jemu bersandarkan pada Tuhan bersama harapan harapan yang belum tercapaikan. bersama doa doa yang berantaian Semoga saja semuanya didengar tuhan. lalu dicapaikan untuk kita satu demi satu. Hei, mungkin  juga jarak ini merupakan jalan ke arah doa yang bakal dijawab Tuhan kelak. Mungkin saja. *Senyum manis.* Dah malam raya ni, semoga semuanya baik baik saja. semoga ada dalam jagaan tuhan ya semuanya? se...

8June

Image
Dah lama rasanya tak menulis , haha seriously ! ada je masa rasa nak berhenti menulis, bukan sebab dah hilang minat tapi sebab -- Mungkin dah tak ada benda baik yang boleh aku perkatakan. Risau aku tak buat apa yang aku tulis, tak walk the talk . Risau aku suruh engkorang buat itu ini, tapi aku sendiri tak buat, aku larang engkorang buat itu ini tapi pada akhirnya aku juga yang buat. Risau. Tapi harini lain, aku letak usaha untuk mulakan apa yang terhenti sementara dulu, sebab harini --- istimewa. 8 June  Weh, I'm not the first one to be there with you right not, I know I'm not the first one that wish you a happy birthday i love you wishes, I know I'm not the one who ran to your room, steals your sweets , eat your cookies and annoys you anymore, I know I'm not the one who knocked your  locker's door and hide behind it just to scare you,  I know, Haha, Qiden, my other half, Mizah Yahaya , budak kecik , sometimes a sister, being so clingy tapi kat lua...

arryn.

Image
" weh aku dah dapat jawapan ! " hah? apadia "soalan haritu" oh apa ? Masih kabur dan malas berfikir, Im hanya menantikan jawapan kepada  soalan, dan jawab kepada pertanyaan tempoh hari. Entah. sebenarnya dia dah lupa jugak  soalan apa yang Ed mention-kan haritu. *** Soalan kenapa tuhan takdirkan semua orang lain lain. Kenapa ada yang dilahirkan hidup senang, ada yang susah, ada yang islam , ada yang tidak, ada yang beriman dan ada yang tidak. Kenapa tuhan tetapkan semua tu sedangkan hati hati kita Dia yang pegang. Kunci syurga juga dia yang punya. Kenapa tuhan nak jadikan tiaap orang itu berlainan  sedangkan pada akhirnya dia juga yang akan tetapkan pengakhiran kita di mana? Oh soalan tu. Soalan haritu, ha jadi ? *** UJIAN Hidup senang itu ujian, hidup susah pun ujian.  hidup beriman pun ujian, hidup tak beriman pun ujian. Orang beriman diuji dgn rasa riak, diuji dgn ilmu yang dia ada, either nak sebarkan apa yang dia tahu atau tidak. Oran...

aile

Semoga ALLAH meruangkan masa untuk kita bahagiakan mak abah, semoga sempat.semoga sentiasa berpeluang. Dan semoga bukan kita yang menjadi tajam tajam pisau yang melukakan bahagia mereka. Kalian, terima kasih kerana selalu membahagiakan abah mak. Kalian, terima kasih sebab sentiasa ada. Kalian, maaf kerana wujudnya aku lebih banyak sia sia daripada manfaatnya Terima kasih kerana masih sanggup lompongkan diri untuk menampal camping ku. Terima kasih kerana sanggup terkurang diri untuk melebihkan aku, sempurnakan aku. Aku sempurna, dengan 'tampalan' sebahagian kalian. sebahagian kalian ada pada aku. Terima kasih ya? Ada masa, semoga aku juga dapat membahagiakan sepertimana setimpal dengan yang kalian lakukan. Jika sempat. jika tidak, semoga yang di atas sana membalas semoga jasa jasa yang ada, yang tak mati. seorang yang dilengkapkan kalian.one of none 1:46am | 23/11/16

SPMR

Image
" i swear tonight i won't cry weh, i swear ahaha ! " Yer yer aje. yakin sungguh. By the way malam tu malam mohon restu, before taking a big exam , benda ni benda biasa. mintak maaf-mintak restu-doa for each other-alah biasalah. Bulatan besar dibuat, kelilingi volleyball court maktab, betul betul depan dewan dan dewan makan. Aku diri sebelah Ash.Batch by batch, semua dah settle salam peluk cium mintak maaf. Halah biasalah, perempuan.. Rasanya dah habis salam semua orang kecuali Ash. Aku cari dia. Ouh ha kat sana.langah diambil, takdalah jauh mana. Depan mata je kut. woi budak ! Dia toleh pandang aku. Terus aku peluk dia, tahla sejak busy dua tiga minggu ni, rasa macam takda masa sangat nak spend together. " erm. goodluck exam, goodluck in everything." jeda. Aku diam sementara, nak kumpul kekuatan untuk ayat seterusnya. " Doakan aku berjaya sama. jangan lupa aku walaupun ditakdirkan nanti kita dah tak sama haluan hidup. doakan aku tau. weh ?  "...

Parallel

Image
Ruang mesyuarat kembali sunyi , tetapi tidak selepas suara prof kembali rancak menerangkan soalan guwa sebentar tadi. prof v, a non musleem veterinarian, i guess. " so the student must followed the rules made by the teachers, the teachers must follow his headmasters, the headmasters must followed the schools regulations, the school's regulation must follows the minister , the minister must followed the Agong and lastly? who should the Agong followed? Ha the god lah. either you are musleems, buddha or hindu, you must follow the god 's rules "  the prof explained really well tho he is a non musleems. guwa masa tu macam sentap lah jugak, kenapa non muslim boleh patuh dengan tuhan tetapi tidak kita? bukankah kita harus lebih mengenal tuhan kita? hidup kan mesti bertuhan, kenapa selalu kita ketepikan tuhan dan agama dalam kehidupan seharian.kenapa tidak agama dan tuhan dibawa selari bersama diri sedangkan pada akhirnya kita tetap hidup bertuhankan Allah walaupu...

'afu

Image
  "yeah, i'm battling myself too"  -- sebab apa yang aku cakap , sememangnya ditujukan pada diri sendiri terdahulu sebelum apa apa dan sebelum ditujukan dimana mana. Dalam pada aku tegah cuba nak walk the talk , adakala jugak aku kelaut.Bukan sekali dua sebab ini absolutely memang bukan yang pertama. Yang pertama bila kau nak berubah jadi better tapi kau ter stop sementara. Lagha dan takpayah nak salahkan shaitan kerana menyesatkan akan tetapi salahkan diri sendiri sebab lembik sangat sapa suruh. lels. Ironi gila kut, kita selalu harap orang maafkan kita lepas kita mintak maaf (kekadang tak mintak maaf pun,tapi diri sendiri harap orang maafkan) konon pakai term " sedangkan nabi ampunkan umat". Konon kita rasa kita dah cukup baik sebab dah mintak maaf (?) Konon je semua tu sebab when it comes to ourself ? apa pulak kita respon, bilamana ada orang buat salah . orang buat sesuatu, yang mungkin kita tak suka , mungkin salah dia , mungin tidak. m...

L

Image
I'm in a state of not knowing what to write on , but still need to write something. kind of feeling when you don't know what to write on. you lost a lot. the ability to put some feeling into words, it's gone. haha. pity me. tahla, sama ada niat nak stop menulis sebab nak walk the talk dulu, ataupun jiwa menulis makin perlahan terbang melayang hilang yang jadi punca.  kadang kadang rasa macam banyak gila benda yang aku tulis, aku sampaikan, masih belum aku "real-life"kan. erti kata lain, aku belum buat apa yang aku percakapkan. haha loser enuff man.. lately dia punya tahap feeling loser tu gegila kut. serious. i'm lost in everything and everything seems faded.  *** weh, aku rindu aku yang dulu. aku yang lebih baik dari sekarang.  " aku pun.. " *** takda nak cakap apa pun, mungkin apa yang dituis takda lah inspiring mana. tak mampu sebar positive vibes, tak apalah. malam ni aku cuma rasa nak menulis. jadi -- aku menulis. ...

TEMPORARILY MUTED

Image
Dear guys, sorry for neglecting this blog. To be honest , I really don't know what to write on . Seriously i'm not okay with this state of me myself that do not know what to write and what to express. Maybe it is a temporary condition,hopefully. Pray for me. Till everything okay,and i'm in. see ya soon  ! insyaAllah .   mohon doa kalian !