Posts

Update

Hai. Aku ada je ni. Hidup je lagi macam biasa, lama aku diam since habis diploma. Setahun jugaklah tercari cari jalan. Alhamdulillah, managed to get a job few months after menganggur, dapat spend time lebih dengan family dan sekarang alhamdulillah, alhamdulillah ada rezeki aku untuk buat apa yang aku suka. So far apa yang aku rancang, itu yang aku dapat. Aku sambung degree dah, psychology. Cita cita aku kut. Since umur 15, sekarang dah 22. So aku quit kerja aku. Kerja yang aku expect aku akan tahan dalam 2 3 tahun, tak sangka 2 bulan je aku berpeluang. Tapi takpa, alhamdulillah 'ala kulli hal. Through thick and thin, melalui segala kebaraian emosi dan jiwa masa tak ada hala tuju hidup, now I'm on my path.  Aku tak rasa nak tidur ni, so bagi la peluang aku ranting dekat sini. Selalu sangat dah aku merapu dekat twitter, penat jugak. So aku lepak sini lah pulak, sini macam sunyi. Aku suka. Aku tak tahu apa aku fikir, tapi aku risau. Aku tak tahu apa aku ingat, tapi aku ri

Kuwot

"...you will only find peace when you finally remove the thing that has occupied God's place in your heart." -Yasmin Mogahed  Betul lah tu. Banyak sangat kita isi hati kita dengan sesuatu yang selain dari tuhan, banyak sangat kita risaukan sesuatu yang di luar dari kawalan kita yang hanya tuhan sahaja yang mampu kawalkan. Banyak sangat kita isi dengan pengharapan tapi sayang apa yang kita harapkan tu, kita tak pulangkan dekat tuhan pun. Kita isi diri kita dengan 'temporary distraction'. Kita cari keseronokan untuk isi rasa kekosongan. Sedangkan rasa kosong ni sepatutnya diisi dengan mengingati tuhan.  Klise, ingat tuhan. Iyelah, selalunya kita rasa kosong sebab apa? Bukankah kerana jiwa kita lapar? Maka dengan apa lagi harus disuap jiwa yang lapar kalau bukan dengan kembali mengingati tuhan, baiki kekurangan diri dan perbetulkan mana yang silap? Banyak lagi ruang dalam hati, maka kita isi lagi dengan pengharapan dan kebimbangan. Berapa ramai yang

FEBRUARY24

Okay hai. Haha awkward gila fuh. Awkward baca tulisan sendiri. Awkward nak menulis lagi. Tapi takpa, nak tulis jugak. Aku tulis awal sikit post ni nanti 24 Februari aku publish lah. Tiga hari awal aku tulis ni. Haha takda apa pun cuma nak cakap terima kasih sebab ada dan selalu ada. Hari aku publish ni tarikh birthday aku kut, sengaja tulis awal sebab poyo.  Mana lah tahu kut 24 hari bulan nanti busy lepastu tak sempat nak update walaupun takda orang baca tapi nak update jugak. Well tu la sebab aku update blog , sebab hanya orang yang nak baca je dapat baca. Haaa, lagi sekali poyo! Hahaha Alhamdulillah, dah 21 tahun bernafas tanpa gagal, lelah tu biasalah. Manusia kut. Kalau ada rezeki, InsyaAllah lagi  beberapa hari tambah la lagi umur. Umur ni makin bertambah makin pendek. Sedar sedar dah hampir pertengahan 20-an. Gila lah aku tak tahu apa je yang aku dah sumbang dekat orang lain. Sia sia jelah masa muda kalau tak guna tenaga untuk benda faedah sikit. Nanti ma

Jalan

Tenang, di sebalik apa yang Tuhan berikan, aku balas dengan senyum. Semoga kau juga begitu. Di sebalik apa yang Tuhan beri ; Sihat atau sakit Lapang atau sempit Senang atau rumit Gembira atau duka Semoga kau dan aku mampu menerimanya dengan selapang hati. Terkadang memang rasa susah nak hidup. Kau bayangkan eh, hidup tu macam jalan yang sangat panjang dan kau perlu berjalan sambil menggalas berat apa yang diberi oleh Tuhan untuk kau. Ada orang jalani hidup dengan menggalas kesakitan. Ada orang jalani hidup dengan menggalas kesenangan. Lain orang, lain apa yang digalasnya. Tapi senang atau susah, ringan atau berat apa yang digalasnya itu semuanya tetap ujian. Senang itu ujian. Susah juga ujian. Jalan hidup ni sumpah panjang, serius penat. Untuk kau bertahan mengharungi jalan yang panjang ini, maka bawalah rasa syukur itu bersama. Kemana mana. Semoga sentiasa dikurniakan rasa untuk bersyukur. Semoga kita kuat. Kau doakan aku juga ya? Surviving, 2/7/

Tanya

Kalau mungkin nanti kamu berjumpa seorang yang kepercayaannya pada orang langsung tiada, --- Tenang dulu. Mungkin dahulunya dia mudah memberi percaya tetapi sering juga dikhianati percayanya.  Kalau nanti kamu bertemu seorang yang terlalu ingin berdikari  --- Tenang dulu, mungkin saja dia sudah penat mengharap pada manusia yang tak mampu membantunya apa apa. Kalau nanti kamu bertemu seorang yang terlalu banyak diam dari bicaranya  ---Tenang dulu, mungkin saja percakapannya sebelum ini banyak memberi harapan yang kemudiannya melukakan lalu sekarang dia memilih untuk diam. Kalau nanti kamu bertemu dengan seorang yang tak gemar ambik peduli tentang apa yang diperkatakan kepadanya. --- Tenang dulu, mungkin saja dia sudah penat dengan bebel bebel dunia yang tak pernah merasa puas, yang sentiasa mahu kesempurnaan. Dia penat. Kalau nanti kamu bertemu dengan seorang yang ceria ceria saja di depan, hidup indah bak tiada dugaan datang mencuit --- Tenang dulu, jangan mel

ImAef ver.

“ Some friendships fade. People grow apart, lose touch, want different things. Dreams woven together, unravel. ” —  Kimberly Marcus,  Exposed   Ramai yang kita jumpa, berkongsi cerita berkongsi rasa berkongsi suka. Either teman, kawan biasa, kenalan socmeds (baca: social media), makcik pakcik stesen bas. Banyak , ramai. Cuma adakah yang datang dan pergi dari hidup kita itu memberi kesan ? ataupun hanya sekadar berlalu sama seperti berlalunya masa ? Masa berlalu , jumpa orang baru . Yang dulu, entahlah. Apa masih ingat aku? Biasalah tu konsep people comes and go . Kita pun macam tu. Ada masa kita jadikan mereka sebagai persinggahan . Ada yang kekal ada yang kejap kenal lepastu kita lupa.  Pernah terfikir tak apa yang dah kita tinggalkan dalam hidup seseorang lepas kita blah ? Ada yang tinggalkan cerita untuk dijadikan bekal kekuatan Ada yang tinggalkan derita untuk kita belajar jadi lebih kuat Ada yang tinggal kenangan Dan ada juga yang pergi t

TUNANGAN

Kepada tunangan, Kita yang sejak dahulunya diikat tali sehingga kini . Satu masa pasti bertemu, dengan izinNya. Entah, terfikir fikir juga bagaimana rupamu --apakah elok , apakah tidak. Tak pernah bertemu,  dan semestinya seorang aku masih belum sedia bertemumu. Wahai tunangan, semoga kita ketemu dikala aku benar bersedia semoga bertemu dikala aku sudah cukup sempurna imanya Semoga bertemu dikala aku cukup indah dimata Dia. Tunangan, Jika bukan dengan ketetapan Tuhan, tentunya tidak dapat kita dipertemukan kelak. Semoga saja pertemuan kita pertemuan yang baik, maka bawalah aku dengan sebaik baiknya. Tunangan, Semoga kita punya cukup masa sebelum bertemu bertentangan. Semoga  kita benar benar suka saat kita bertemu dan bersama. Kerana pertemuan kita, pertemuan yang memulangkan kita kepada Pencipta. Kepada tunangan, aku cuma mahu pesan. Aku belum bersedia. Masih belum bersedia untuk bertemumu. Tunangan maut. 18/10/17 | 22:54