Jalan



Tenang, di sebalik apa yang Tuhan berikan, aku balas dengan senyum. Semoga kau juga begitu. Di sebalik apa yang Tuhan beri ;

Sihat atau sakit

Lapang atau sempit

Senang atau rumit

Gembira atau duka

Semoga kau dan aku mampu menerimanya dengan selapang hati.


Terkadang memang rasa susah nak hidup. Kau bayangkan eh, hidup tu macam jalan yang sangat panjang dan kau perlu berjalan sambil menggalas berat apa yang diberi oleh Tuhan untuk kau.




Ada orang jalani hidup dengan menggalas kesakitan.

Ada orang jalani hidup dengan menggalas kesenangan.




Lain orang, lain apa yang digalasnya. Tapi senang atau susah, ringan atau berat apa yang digalasnya itu semuanya tetap ujian. Senang itu ujian. Susah juga ujian.




Jalan hidup ni sumpah panjang, serius penat. Untuk kau bertahan mengharungi jalan yang panjang ini, maka bawalah rasa syukur itu bersama. Kemana mana.

Semoga sentiasa dikurniakan rasa untuk bersyukur. Semoga kita kuat. Kau doakan aku juga ya?


Surviving,
2/7/2018 | 8:44 am

Comments

Popular posts from this blog

Tanya

TUNANGAN

Lyubov.