TUNANGAN


Kepada tunangan,

Kita yang sejak dahulunya diikat tali sehingga kini . Satu masa pasti bertemu, dengan izinNya. Entah, terfikir fikir juga bagaimana rupamu --apakah elok , apakah tidak. Tak pernah bertemu,  dan semestinya seorang aku masih belum sedia bertemumu.

Wahai tunangan, semoga kita ketemu dikala aku benar bersedia
semoga bertemu dikala aku sudah cukup sempurna imanya
Semoga bertemu dikala aku cukup indah dimata Dia.

Tunangan,
Jika bukan dengan ketetapan Tuhan, tentunya tidak dapat kita dipertemukan kelak. Semoga saja pertemuan kita pertemuan yang baik, maka bawalah aku dengan sebaik baiknya.

Tunangan,
Semoga kita punya cukup masa sebelum bertemu bertentangan. Semoga  kita benar benar suka saat kita bertemu dan bersama. Kerana pertemuan kita, pertemuan yang memulangkan kita kepada Pencipta.

Kepada tunangan, aku cuma mahu pesan.
Aku belum bersedia. Masih belum bersedia untuk bertemumu.

Tunangan maut.
18/10/17 | 22:54

Comments

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.