RESCUED

" Ihh jangan jadi bodoh lah ! " laju Feth tepis tangan Im, berterabur lighter dengan batang batang rokok dalam kotak tu.

Woi pehal kau ? mahal kut benda tu ! kau nak bayar ke ?

" Ah kesah pulak la aku ? "

Feth tahu im tu bukan tahan asap rokok pun, inikan pulak nk try smoking . Peparu pun taa kuad , heleh.

Biar kau rugi yang sedikit daripada kau hilang yang 'semua'.

***
Kau tahu, kita selalu sangka bukan bukan dengan tuhan . Selalu sangat dah. Contohnya bila kita tak dapat apa yang kita nak, ataupun apa yang kita ada ditarik semula. Stereotyped. Kita rasa Tuhan tak adil.

Kita tak perasan sedangkan Tuhan sedang menyelamatkan kita daripada sesuatu yang lebih besar kedepan sana, yang kita tak tahu. 

Kau nak pergi bank tapi tiba tiba kad bank dalam wallet kau tertinggal dekat rumah . Frust sebab nak sampai ATM dah , takkan nak patah balik, konfirmlah kena hadap jem. tapi dah terpaksa .So kau pun redah lagi sekali jalan . Geram dengan diri sendiri tu memang dah sebab dah rugi masa dekat jalan raya macam tu je.

At the moment kau patah balik tu, sebenarnya kat bank sana ada gangster tengah bergaduh siap parang lagi. Kau rasa, kalau kau sampai di bank tu 'tepat pada masanya' agak agaknya kau selamat ke tak ? 
Entah entah duit kemana, nyawa kemana.

Tu analogi je. Lantaklah kalau nampak over pun.
Tapi yang guwa nak sampaikan kat sini, memang Tuhan ada simpan sebab kenapa 'itu dan ini' terjadi. You named it. Kenapa dia ambik sesuatu dari kau. Kenapa jadi sesuatu pada kau.

Semuanya bersebab.
Mungkin dengan kehilangan tu,  sebenarnya tuhan sedang selamatkan kau dari sesuatu?
Sebab tu membe guwa pernah pesan, sangka baik je dengan Tuhan. 
Okay? haha macam nak cakap banyak lagi , tapi tulah. Alhamdulillah, guwa antara orang yang diselamatkan Tuhan. Semoga kau juga.

22:30|21/9/2017
Alhamdulillah A'la Kulli Hal
 i'm done !

Comments

Popular posts from this blog

Tanya

TUNANGAN

Lyubov.