RANTS







Kalau orang cakap hidup ni kena memberi, sebelah pihak lagi menerima -- give and take. Aku sedar akulah golongan yang paling banyak menerima.

Terima sayang
Terima cinta
Terima bantuan
Terima rasa kasihan
Terima macam macam dalam macam macam bentuk.

Budak budak hafiz hafizah, boleh bagi syurga dekat family family depa.
Budak budak yang bijak gila brilliant, boleh bagi kebanggaan dekat mak ayah depa.
Budak budak baik, boleh bagi ketenangan dekat semua.
Orang berduit boleh belikan itu ini untuk diberi kepada sesiapa.

Aku?
Aku masih disini dengan tiada apa apa. Masih lagi menerima.

***

Taktahu apa yang aku boleh beri, boleh sumbang . Maka aku pilih untuk tinggalkan yang baik-baik. Tolong itu ini, tinggalkan memori yang baik supaya bila aku takda nanti at least orang akan ingat benda best best pasal aku. Orang tak sedih. Haha. Susah. Tak senang nak kekal jadi baik selamanya. Pernah cuba, pernah berjaya tapi sekarang tidak. Mungkin tidak (yep, please encourage me now)

Lepastu aku bina blog ni, sedikit sedikit, perlahan aku isi dengan cerita, aku isi dengan nilai yang mungkin kau boleh  ikuti. Sebab pada aku, 

"Even when the writers died, his writing will never die"

Tulisan yang ikhlas kan sentiasa hidup? senyum. Lalu aku cuba tulis dengan hati. Sebab orang cakap apa yang datang dari hati akan sampai ke hati jugak. Jadi aku cuba tulis sebanyak mungkin untuk tinggalkan 'tanda aku' sebanyak mungkin di sini. Asalkan, bila aku dah takda nanti, roh aku tetap hidup dalam tulisan tulisan aku. Tulisan aku , aku hadiahkan untuk orang orang yang kenal aku. Tulisan aku, untuk gantikan aku bila aku hilang, jauh atau memang benar benar dah takda. So, kalau rindu, bacalah.

Tak ada apa yang aku boleh bagi, tak ada apa yang boleh aku tinggalkan  kecuali picisan picisan tulisan . Ni jelah yang ada. Itupun jarang gila update dah. Yela--hati dah rabak hitam fuh felamak.
cemana aku nak sampaikan benda baik baik kalau yang seketul dalam diri ni dah tak baik
(baca:hati)



" Dah sedar kau berdiri di takat situ je, kenapa kau taknak berubah? kenapa tak jadi baik macam dulu ?"

Weh aku tengah cuba. Tapi susah gila. Sumpah. Aku pun rindu aku yang dulu. Rindu sangat.

Kepada mereka yang dahulunya Al quran tak pernah luput dari kepala, tapi sekarang dah tiada apa apa 
--tabahlah.Aku tahu kau kecewa dan rindu kau yang dulu.

Kepada mereka yang dahulunya tak pernah cakap yang buruk buruk tetapi sekarang dah jauh berbeza
--sabarlah. Aku tahu bukan ini yang kau mahu jadi.

Kepada mereka yang dulunya kerapkali menjaga ibadah. Solat malam hari hari, 1 juz konfem habis sehari hari, ikut usrah sana sini, gives all yourself to the deen tapi sekarang dah lemau
 -- Kuatlah, aku tahu kau cuba nak jadi macam dulu tapi sangat susah untuk berpatah balik.

Kepada mereka yang dahulunya ramai 'kawan' yang baik baik ada disisi tapi sekarang lenyap dipisahkan dek kesibukan masing masing
--sabarlah , aku tahu kau juga perlukan peneman untuk menguatkan,sepertimana aku memerlukan.

Aku tahu yang kau dan aku perlu kekuatan. Kekuatan itu ada pada Tuhan maka , mintalah. Aku tahu tak senang nak jadi macam dulu bahkan lebih baik sebab keadaan kita dan dia ( yang masih maintain baik macam dulu) tak sama. Kedudukan kita berbeza. Keadaan kita tak sama. Kekuatan kita berlainan. Tapi satu benda weh, jangan mengalah. Biarlah  kita tinggalkan dunia ni dalam perjuangan untuk mendapatkan diri yang dulu, bahkan diri yang lebih baik. Biar mati sebagai pejuang untuk diri sendiri. Tak apa, tak baik macam mereka . Tak apa. Sebab aku tahu, Allah nampak usaha.

Kau cuba je semampu mana, kalau jatuh balik, bangun sendiri-- minta tuhan kuatkan . Kau kan tak sendiri. Walaupun susah sebab tengah struggle berseorangan tapi jangan lupa letak Tuhan dalam hati. Dalam hati bukan dalam diri--sebab aku risau kau pula yang jadi Tuhan kalau kau letak Tuhan dalam diri. Maksud aku, bila kau dah berjaya improve diri sikit sikit tu, janganlah lupa orang yang dibawah. Jangan judge. Tarik mereka sama. Kau pun tahu kan sakit macam mana bila berseorangan melalui fasa metamorphosis( fasa perubahan ke arah yang lebih baik maksud aku).

Tak apalah, pujuk diri. Sakit ini sementara. Allah nak bagi lebih lagi tu dekat syurga sana. Sampai ketemu .  

17/09/17 | 12:33pm
Doakan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Tanya

TUNANGAN

Lyubov.