Lyubov.

Related image


Suatu masa dulu, aku pernah diajar sama makna "  diam itu juga bahasa" . Tak faham kenapa  perlu diam sedangkan bersuara adalah cara. Jalan yang sebetulnya --- itu aku ketika dulu.Sampai masa kita mendewasa, Biar saja masa dewasa kita membuka ruang untuk kita faham apa yang tak terfahamkan pada masa lalu.

***
Dah jauh kita sampai sini. Rindu . Rindu sebenarnyna. Rindu ini berbahasa diam , Kerana diam itu juga bicara-- yang tak semua mampu faham.

Harap aku. semoga saja kau faham.
pada lapangan masa yang luas dan tak terhentikan.
harap aku agar kita tak jemu bersandarkan pada Tuhan
bersama harapan harapan yang belum tercapaikan.
bersama doa doa yang berantaian
Semoga saja semuanya didengar tuhan.
lalu dicapaikan untuk kita satu demi satu.

Hei, mungkin  juga jarak ini merupakan jalan ke arah doa yang bakal dijawab Tuhan kelak. Mungkin saja.

*Senyum manis.*

Dah malam raya ni, semoga semuanya baik baik saja. semoga ada dalam jagaan tuhan ya semuanya? semoga bahagia selalu.

TaqabbaAllahu Minna wa minkum , Taqabbal ya kareem.
salam kemenangan. salam shawal.

mohon maaf salah silap untuk semuanya.
salam sayang


1syawal |24/6/2017| 
21:06
Rindu.


Comments

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.