arryn.


" weh aku dah dapat jawapan ! "
hah? apadia

"soalan haritu"
oh apa ?

Masih kabur dan malas berfikir, Im hanya menantikan jawapan kepada  soalan, dan jawab kepada pertanyaan tempoh hari. Entah. sebenarnya dia dah lupa jugak  soalan apa yang Ed mention-kan haritu.

***
Soalan kenapa tuhan takdirkan semua orang lain lain. Kenapa ada yang dilahirkan hidup senang, ada yang susah, ada yang islam , ada yang tidak, ada yang beriman dan ada yang tidak. Kenapa tuhan tetapkan semua tu sedangkan hati hati kita Dia yang pegang. Kunci syurga juga dia yang punya. Kenapa tuhan nak jadikan tiaap orang itu berlainan  sedangkan pada akhirnya dia juga yang akan tetapkan pengakhiran kita di mana?

Oh soalan tu. Soalan haritu, ha jadi ?

***
UJIAN

Hidup senang itu ujian, hidup susah pun ujian.  hidup beriman pun ujian, hidup tak beriman pun ujian.
Orang beriman diuji dgn rasa riak, diuji dgn ilmu yang dia ada, either nak sebarkan apa yang dia tahu atau tidak. Orang tidak beriman diuji dengan kepercayaan. sama ada mahu mencari kebenaran, atau mahu terus berdiri tidak bertuhan.
Orang senang diuji dengaan kekayaan, sama ada nak infaqkan atau tidak, nak bersyukur atau tidak.
Orang susah diuji dengan kemiskinan . sama ada nak redha dan usaha atau terus menyalahkan tuhan.

Ujian kut semua tu.

Ujian yang pada akhirnya penentu siapa kita. Ujian yang bawa kita pada satu jawapan sahaja walaupun soalan soalannya datang dalam pelbagai cara. Satu jawapan. Balik pada tuhan.

balik pada tuhan.


Sesungguhnya harta benda kamu dan anak anak kamu itu hanyalah menjadi ujian,dan di sisi Allah jualah pahala yang besar ( 64:15)

22:11 |30/1/17
sayang mak abah sangat sangat . 

Comments

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.