aile

Semoga ALLAH meruangkan masa untuk kita bahagiakan mak abah,
semoga sempat.semoga sentiasa berpeluang.
Dan semoga bukan kita yang menjadi tajam tajam pisau yang melukakan bahagia mereka.
Kalian, terima kasih kerana selalu membahagiakan abah mak.
Kalian, terima kasih sebab sentiasa ada.
Kalian, maaf kerana wujudnya aku lebih banyak sia sia daripada manfaatnya

Terima kasih kerana masih sanggup lompongkan diri untuk menampal camping ku.
Terima kasih kerana sanggup terkurang diri untuk melebihkan aku, sempurnakan aku.

Aku sempurna, dengan 'tampalan' sebahagian kalian.
sebahagian kalian ada pada aku. Terima kasih ya?

Ada masa, semoga aku juga dapat membahagiakan sepertimana setimpal dengan yang kalian lakukan. Jika sempat. jika tidak, semoga yang di atas sana membalas semoga jasa jasa yang ada, yang tak mati.

seorang yang dilengkapkan kalian.one of none

1:46am | 23/11/16

Comments

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.