NEXT STEP.

the owner

Alhamdulillah since everything is going smoothly , spm guwa dah lepas setahun lalu dipuput bayu bersama cita cita aku yang dulu . pergh. tak boleh poyo lagi ke ayat . eheh

aku tahu semua orang ada cita cita
semua orang dah planned life masing masing cantik punya
semua orang ada something they wanna achieve .

cumanya , ada yang dah berjaya dapat , ada yang gagal belum ada rezeki nak dapat apa yang dia nak .

gais,
spm macam mana ? pt3 macam mana ?
okay ? kalau tak okay pun kira okay jugak , ahh tak kira !

Dik , Allah bagi apa yang kita usahakan , Allah bagi apa yang kita perlu dan Allah bagi kerana kasih sayangnya terhadap kita. mesti ada sebab .Mesti ada sebab kenapa dia dapat itu , kita dapat ini , dia dapat bagus , kita dapat tidak .

Even aku . aku tak dapat apa yang aku nak . tapi for sure Allah dah bagi apa yang aku perlu , bahkan apa yang ummah , dan keluarga aku perlu . InsyaALLAH.
elehh, kencang , kau nak apa je ? apa jer yang kau tak dapat ?
Okay , first , memang sejak umur aku lima belas tahun aku dah set how my life will be going next , nak jadi pakar psikologi ,  or at least kalau tak dapat jadi pakar sekalipun , aku tetap nak pursue bidang psikologi , tak kesahla jadi kaunselor , bukak consultancy , ke apa tak kesah . as long as i can get myself into the pschology field . ( oh ya , aku ada cita cita nak jadi cikgu tadika jugak . hee.)

Jadi dengan result spm yang Alhamdulillah sedang sedang saja, aku apply asasi sains . aku apply institut perguruan (kaunseling dan pendidikan awal kanak kanak)  , aku apply UIA , apply uitm , ahh merata alam aku apply untuk UPU .

Dalam pada nak apply mana nak sambung belajar , sumpah aku cakap , memang dalam dilema , dalam keserabutan .serabut sebab aku demand. Aku nak apa yang aku  citakan dan dalam masa yang sama , aku nak dapatkan apa yang parent aku nak .

ikutkan hati , nak tempat belajar yang

  1. takdalah jauh mana 
  2. ada ikhwah akhwat // halaqah // bulatan supergembira // usrah
  3. ada bidang yang aku minat
  4. murah , of course 
  5. islamic ( eheh )
dan kalau ikutkan parents ,
semestinya mak abah nak yang paling baik untuk guwa, kalau ikutkan orang sekeliling , yea, semestinya university yg high class ( lah sangat) menjadi pilihan .

But hey ? kenapa nak ikut kata orang kalau yang tentukan hidup kita ialah diri kita sendiri ? kenapa nak ikut minat orang sedangkan kita sendiri tahu apa kecenderungan kita ?

cewah , macam tu aku berfikiran masatu . masa nak isi UPU . Tanpa menghiraukan ' kriteria-kriteria' tempat belajar yang family aku nak aku belajar,aku pun isi tempat tempat yang aku nak masuk . pergh , angkuh nya aku .

Lepas fasa mengisi segala borang tamat , maka kita melonjak ke fasa seterusnya . Fasa menanti result adakah segala application aku  layak ?

Start dengan keputusan IPG , sungguhlaa, aku berharap jugak dapat sebab masatu ada la jugak desire nak jadi guru . ececey . walaupun parent aku tak galakkan aku jadi guru atas sebab yang tersendiri .
so, cek result . dan tadaaaaaaa


" maaf, permohonan anda untuk ke IPG gagal . sekian terima kasih "


haha, dia punya feeling down tu ada lah jugak dalam 37% sebabnya aku masih ada harapan dekat UPU . so takpa .lagipun dekat IPG takda ikhwah akhwat .  kita tunggu UPU.

Aku tak ingat berapa haribulan tapi pastinya dalam bulan jun 2015 .Result upu keluar , dengan rasa inkuiri yang sangat tinggi , aku tunggu jam demi jam , sampai lah sorang kawan aku bagi link
pintas untuk cek result .
waktu ni aku taktahu nak fefeling apa, tapi rasa berharap tu ada . Aku yakin aku dapat kalini . Macam biasa, letak username , letak password . aku click

" maaf permohonan anda untuk sesi ini GAGAL "

hanya mampu berhuhuhuhu waktu tu sebab kena reject . oh mann , feeling rejected is the worst feeling ever. kot. hahaaa sedihh aaa weh , sedih , waktu tu sedih , waktu jugak la kawan yang berkurun  tak pernah whatssap , dm , pm segala fb insta twitter kau sibuk tanya khabar tanya kau tanya kau dapat sambung belajar mana . eh sibuk pulak kau nyah .

dengan selamber deknya , aku bluetickan mereka. cuma beberapa orang je aku reply mesej. ecey , konon frust.

a few hours after getting the UPU results,
ada orang call aku

Helo , ini cik nisa afina binti rosli ke ? 

" ye saya ? "

Tahniah cik telah dipilih untuk menyambung pelajaran ke ........



pergh .

Bersambung !

NEXT STEP PART 2

Comments

Popular posts from this blog

peluang

RANTS

Lyubov.