AUDIT.




Kita dipinjamkan satu tubuh yang suci dari dosa untuk digunakan sementara di atas dunia . Pada satu masa yang ditetapkan , tubuh tersebut harus dikembalikan kepada Tuhan . Mati . Maksud aku , kematian merupakan waktu yang paling layak aku panggil " waktu pengembalian "

Kembalikan semua yang tuhan pinjamkan ke kita .

Kita lahir dalam keadaaan suci dari dosa , masakan kita mahu pulangkan diri ke Allah dengan keadaan kotor . ohh . Astaghfirullah

Kita datang dari syurga , masakan kita mahu pulang ke neraka ? Datang dari syurga maka pulang juga haruslah ke syurga ! Neraka bukan tempat kita weh T.T

tapi kena faham,
neraka tak mahal dan syurga tak murah wahai brader sister. 
Neraka itu bayarannya keseronokan tahap infiniti di dunia , kegembiraan dan kelazatan maksiat . Sedangkan syurga ? bayarannya merupakan kesakitan mujahadah (striving) melawan dosa , menentang arus kegembiraan sementara, mengetepikan segala rasa chenta duniya .

Kita pandu diri dengan apa ? iman atau nafsu ? taklah , tanya jer .
Buat baik kerana siapa , kerana apa ?  oh man ! Kita nasihatkan diri kerana apa ? Mahu berubah . Berubah untuk apa ? Allah ? atau makhluk ciptaan selainNya ? taklah , tanya jer , tanya ~

Kita yakin benar yang kita cukup menjaga diri , sedangkan . hm . Allah jer tahu . Makin kuat kita lari , makin kuat dia ( dosa ) mencengkam diri . hah ! Dasar syaitan wa nafs . eh jap !! nak salahkan syaitan dan nafsu lagi ker ?

Atau ,. nak salahkan diri sendiri ? Weh iman kita  yang lemah weh . Dahtu nak salahkan syaitan , nak salahkan orang lain . wuu malunya dengan diri sendiri . ( jap nak nangis sebaldi )

Entahla weh . Kita sedar makin hari kita drag diri kita jauh dari illahi . Tapi sayang , kita sekadar sedar .

Tak ada pulak nak ambil inisiatif nak audit diri . oh mann ! malunya dekat Tuhan .
Masakan aku mahu kembalikan diri dalam keadaan kotor kot ? Malu .
Ada masa lagi rasanya . selagi hidup , selagi tu kena berubah.



12:54PM | 8/6/2015
Astaghfirullahalazim





Comments

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.