Ngeri.



I just can't imagine the moment when the death is just a centimetre away from you.

alah , kau mesti pernah tengok tragedic movie kan ? kalau tak pun , mesti kau pernah tengok berita berita dekat tv , pasal tsunami , earthquake  and etc , etc .


The moment of death

pernah tengok titanic tak , ada momen bila kapal nak terbelah dua ? dalam kes titanic , guwa nak fokuskan dekat semua orang dalam kapal tu , takda niat pun nak dedahkan kisah romantikas jack beku dengan rowse tu . ehm .

Boleh kau bayangkan kalau kau yang ada dalam kapal tu , dalam situasi tu ?

Situasi bilamana kau tahu yang kau akan mati dalam masa empat jam kedepan , dan empat jam tu lama kelamaan akan berkurang jadi tiga , dua , satu , jam ,
jam berubah ke minit , minit berubah ke saat , sampailah "the moment of death tu sampai " betul betul mengetuk jiwa jiwa yang tengah kontangkan iman . huh . gila . takut .

takut sebab tak ready mati ~ tak ready sebab tak beware .

Okay takpa , kita ke situasi seterusnya pula . Bayangkan eh .

Kau ada family trip , naik kereta sama sama , abah drive kereta , kau di blakang , mak di depan . tapi badan kau sedikit ke depan sebab nak borak dengan mak abah . sebab perjalanan makan masa lama , bosan kan ? jadi kau sembang kencang jugak .

Sambil abah drive  .. drive .. drive .. sampai di satu jalan , jalan kecik kiri kanan jalan tu cantik , ada pokok besar besar , mungkin jalan kampung , tapi takda rumah , sunyi .

Saat-saat abah drive tu, tiba tiba dari jauh , ( takdalah jauh mana , mungkin cuma 5 meter kedepan ) ada pokok besaq gila ! on-the-way tumbang , dan memang kebetulan pokok tumbang ke arah jalan which is jalan yang kereta engkorang tengah lalui tu .

Dengan kereta abah yang tengah drive laju = pokok yang batangnya dah start patah bunyi crack crack .Kena panah kilat kali ? . Entahla .

Dan waktu tu , yang kau tahu , kau dah dapat agak yang kau akan mati , ataupun kalau bernasib baik , koma .Disebabkan dihempap pokok yang saaaaaaaaangat besar . Masatu kau tahu yang kereta yang kau naiki sekeluarga bakal remuk , atau kemek hilang rupa dan insan malang yang ada di dalam kereta tu ialah abah , mak , dan kau . Apa kau rasa ? Dan masa tu kau sedar kejadian accident kau ni bakal jadi headline news suratkhabar esok ?

mungkin bunyinya macam ni

" Tiga Sekeluarga Maut Dihempap ' TAKDIR ' "

Kau bayangkan kalau kita ada pada momen momen tu . Apa perasaan kita ?
Kita tahu yang kita akan mati dalam beberapa minit seterusnya , dalam beberapa pusingan roda kereta kedepan , kita bakal jenazah , dengan tak sempat taubatnnya , dengan  pakaian yang tak proper nya . Kita dah tak mampu ubah apa apa . Melainkan redha menunggu kematian tanpa sempat taubat .

Okay , next situation .

Mungkin kau tengah bercuti dekat sebuah pantai , cantik , walaupun masa haritu awan tak berapa nak cantik , mendung semacam . Dekat situ ada kau ,ada abang , kakak , adik , anak sedara , makcik pakcik , semua ada . Complete set . Ada yang tengah sembang sembang walaupun tengah azan zohor pekakkan jer telinga , ada yang tengah mandi laut (termasuk kau) ada yang tengah makan , ada yang tengah "cuci mata" tengok awek bikini . lol . Kiranya masing masing tengah burgembira dengan dosa masing masing .

Sedar sedar , eh kenapa ombak tetiba pelik , tapi best , ikan semua naik pantai . Kau buat donno jer , kau teruskan mandi walaupun kau ada nampak sorang pakcik ni dah meroyan semacam suruh orang blah dari pantai , kononya pakcik tu gelabah .

Tiba tiba , ombak naik tinggi , makin tinggi , makin tinggi dan sangat tinggi !
Waktu tu kau sedar , siapa gelabah siapa meroyan , kau nampak semua orang kalut , ada yang lari bawak anak , ada yang lari sampai tertinggal kunci kereta , ada yang semput terkejut , ada yang pengsan . Semua orang tengah gelabah .Sampaikan ada yang kena pijak , kau pun sama , waktu tu kau dah tak jumpa mana pak cik kau  , mana adik kakak abang kau , semua orang jadi selfish sebab nak selamatkan nyawa sendiri . Sekali kau toleh belakang , kau nampak mak abah kau jerit panggil nama kau .

Weh tu kat belakang mak abah kau weh ! maka kau pun lari ke arah mereka , lawan arus manusia sebab nak dapatkan mak abah kau yang masih cemas mencari anak depa ( baca : mereka ) iaitu kau . Kau lari dan lari dan lari , ombak laut makin ganas , dan kali ini merupakan yang paling tinggi frekuensinya .
Nindia tsunami ! 
ombak ketiga merupakan ombak tsunami .Baru kau sedar kematian ada di depan kau , sejengkal pun kurang . Waktu tu kau sedar , kau akan kehilangan semua 'pinjaman' kau iaitu mak , ayah , adik , keluarga . Sama ada  kau yang yang mati dahulu , ataupun mereka .

Waktu tu kau sedar , bahawa sedia atau tak , kau kena terima semua kemungkinan . Kemungkinan kau ditelan ombak , kemungkinan kau tak dapat selamatkan mak abah kau , kemungkinan kau akan jadi saksi beribu kematian .

critical moment .
dan kau tak sempat bertaubat ,
critical moment dan pahala masih ciput .

Astaghfirullah wa astaghfirullah .

Sengaja suruh engkorang  bayangkan saat ngeri gini .Tapi semua orang akan rasa pun . cuma cara . Mungkin sama , mungkin berbeza . Kalau aku , teringin nak mati atas riba mak aku dalam rumah aku dibesarkan dikelilingi keluarga  of courselah . Kan ?

  Ada sesuatu yang lebih penting :
cara kita hidup di dunia , memberi kesan kepada cara kita hidup di kehidupan seterusnya (after death's lifes)
Rancang kematian sebaiknya . rancang juga kehidupan selepas kematian . Mati ketika bermaksiat atau sebaliknya ? fikir . Biarlah cara mati kita menjadi rahsia tuhan . Biarlah walaupun MUNGKIN cara mati kita taklah seistimewa para syahid syuhada' , tidak pula  seistimewa macam yang dirancangkan . Asalkan kita tahu yang kehidupan selepas mati kita , jauh lebih indah , seindah ceritera  romantikas cintan cintun , sebab waktu tu , kita dah 'bangkit' sebagai seorang pejuang di dunia , kita 'bangkit' dengan rasa bangga sebab dah berjaya lepas soalan ngeri Mungkar Nakir .Sebab kita dah benar benar berjaya . Berjaya lebihkan pahala dari dosa masa kita di dunia .


Nanges .


Comments

Popular posts from this blog

peluang

RANTS

Lyubov.