CIKGU.


Kepada guru : selamat hari guru

cikgu
      -- cikgu tadika , cikgu sekolah kebangsaan Keladi , cikgu SMK Badlishah , cikgu MRSM PDRM , ustaz ustazah , juga murobbiyah halaqah .

Cikgu , sungguhpun saya tidaklah dikenali , mungkin juga tidak diingati kerana tiada yang istimewa pada saya sehinggakan saya layak untuk dikenali malah diingati oleh cikgu , tidak mengapa .

Untuk cikgu , selamat hari guru , selamat hari murrobbi murrobbiyah . Meskipun saya tak mampu membalas segala jasa cikgu dengan sehelai slip SPM yg bilangan A-nya sekata sama dari atas hingga ke bawah , Meskipun saya jarang bertegur ramah dengan cikgu , bukan sombong , tapi segan . Meskipun tiada apa yang saya mampu berikan untuk cikgu , tetapi saya tetap mahu dedikasikan post ini buat cikgu . Inilah ' hadiah ' terkecil saya buat cikgu .

Buat mak abah , sahabat , kawan kawan , orang sekeliling , pengalaman , guru guru di sekolah , guru guru mrsm pdrm , murrobbiyah halaqah ,
kalianlah guru terhebat !

Allahhumma sholli 'ala Muhammad  .

Semoga kita tak lupa kepada guru pertama yang membawa kita dari gelap ke terang . Dari jiwa jahil ke jiwa bertuhan . Dari hidup dalam penghinaan kepada hidup penuh rasa bertuhan .
Guru pertama mengajar erti kecintaan -- kepada tuhan , kepada kebaikan .Guru pertama mengajar satu erti kekuatan .
Kuat !
Kuatlah seperti Baginda SAW , guru pertama kita .

Ya Mu'allim
selamat berbahagia di sana , semoga ketemu kelak wahai guru pertama .

Mak , abah .
Selamat hari guru :D
Juga merupakan guru pertama , pertama sebelum yang pertama . Ajarkan cara berjalan , azan dan iqamatkan , ajarkan cara makan , ajarkan semuanya .Tentang kehidupan dan paling penting , ajarkan dengan kasih sayang , selamat hari guru ! semoga syurga hadiah selayaknya buat kalian .

Pengalaman , hei pengalaman !
Terima kasih untuk semuanya , engkau guru aku . Cara kau kasar , adalakanya manis , adakalanya bikin menangis , adakalanya bikin kita senyum sinis . Ohh kenangan , kau guru jitu ku . selamat hari guru !


selamat hari guru sahabat , terima kasih untuk semua ibrah , terima kasih untuk semua bantuan , tak kira lah dari segi subjek addmath dan kimia yang complicated , ataupun dari segi lain . kalian banyak memberi pengajaran . secara sedar ataupun tidak .
Terima kasih ,dan selamat hari guru .

 Biarlah Allah membalas jasa jasa kalian . Sungguh kami tak mampu . Akan tetapi , doakan kami supaya dapat berdiri hebat sebaris dengan insan insan lain , yang hebatnya sama seperti kalian. Semoga segala usaha cikgu mendidik kami dapat kami alirkan kepada ummah kelak . Cikgu doakan saya . Doakan kami .

Doakan kami kuat seperti cikgu . Kuat untuk berjasa kepada ummah tak kira apa cara sekalipun .
Cikgu ,
Semoga berbahagia
Semoga sentiasa berada di dalam pengampunan dan keredhaan tuhan .
Semoga sihat dan bersemangat menghidupkan jiwa jiwa anak bangsa .


Yakinlah kalian bahawa Allah terlebih dahulu telah menetapkan hadiah yang istimewa buat kalian , para pendidik ummah .

Semoga doa antara kita tidak akan terputus . Doakan kami dapat menjadi seperti kalian juga .





selamat hari guru !
16/5/2015 | 10:30pm 



Comments

Popular posts from this blog

peluang

RESCUED

RANTS