terlalu banyak

haih ...
hela nafas , kamu tahu ?
aku pendosa,
tanpa noktah lagi
aku bukan macam kalian
bukan
sama sekali berbeza

dengan amalnya
dengan semangatnya
dengan tarafnya sama tuhan

jauh sekali . kita tak sama

ALLAH , ALLAH ,ALLAH ,

disebabkan ketidaksamaan ini , terfikir jugak kadang kadang , apakah layak kita bertemu, dan menjadi JIRAN SYURGA ?

Ya ALLAH , engkau maharaja seluruh alam , lindungilah ummah ,lindungilah Umat Islam di seluruh dunia



masa aku tengah senang lenang menaip , duduk sedap , berselimutkan rasa tenteram , kalian di sana ?

mungkin baru saja selesai  berjemaaah , di antara runtuhan runtuhan bangunan mungkin ? atau juga kalian masih menangis atas beribu  kehilangan ?

aku doakan , semoga semuanya baik baik saja .

***


rupanya
sangkaan salah ,
baru dapat berita terkini . baru , tertulis di muka buku .masih baru , sewaktu post ini sedang ditulis




Terkini | 1.35am | Perang Hari ke-20

Beberapa peluru pandu serangan dari puak penjajah Israel menyerang Hospital Beit Hanoun Utara semenanjung Gaza sebentar tadi.

Sumber;
GazaNow






***


terfikir juga , makin ramai orang yg berjihad , cuba bayangkan , berapa ramai para syahid syuhada sejak zaman nabi Adam , beribu tahun dulu. ramai sangat sangat kan ?






bayangkan jugak berapa ramai sahabat nabi yg dijamin syurga


bayangkan juga berapa ramai alim ulama , dan orang orang yg darjatnya di sisi Allah lebih istimewa berbanding kita






terlalu banyak


terlalu ramai


diulang


T E R L A L U 






jadi


apakah kita layak untuk masuk ke syurga sedangkan syurga makin penuh dengan orang yg fizikalnya rabak demi redha ALLAH ,sedangkan jiwanya sedikit pun tak goyang dek rasa takut dan gentar ?






fikir

dengan keadaan diri yang tak pernah nak constant buat ibadah

dan sentiasa sibuk generate dosa


dengan keadaan diri yg gigih melumurkan dosa di muka sendiri dan turut memalitkannya kepada orang terdekat

ouh

amalku sedikit

dosaku membukit







terfikir jugak , muat ke syurga untuk orang yg macam aku ?


sedangkan di sana 

ramai lagi yg berpusu ?






bukan nak soalkan betapa kecilnya syurga , kerana syurga yg Allah ciptakan sememangnya besar lagi luas .Rahmat Allah juga besar dan meluas






persoalannya : : adakah layak untuk aku jadikan syurga sebagai kediaman terakhir aku ?






sedang ramai di luar sana yg berjaya mendapat tempat di sana






ALLAH 

aku ,

makin hari makin tambah dosa

aku lupa

makin hari syahid makin ramai

orang baik baik makin ramai

maka
makin ramailah juga penghuni syurga

sedang aku
goyang kaki
mengharapkan redha illahi ?


****

jom ?
bangkit , kerjakan amalan sebanyaknya
mohon taubat sebetulnya
selagi belum tertiup sangakakala , selagi itu syurga luas terbuka

untuk kita si pendosa



"syurga itu untuk pendosa , tapi ,pendosa yg bertaubat dan berubah "

well semua orang tak lari dari buat salah , kan ?






taubatlah



jangan salah guna term di atas untuk kamu , aku kita , repeat kesalahan yg sama , tanpa rasa menyesal


jangan .



***


Ya ALLAH hidupkan kami dengan iman , Ya ALLAH matikan kami dengan iman , ya ALLAH bangkitkan kami dengan iman dan masukkan ke syurgaMu dengan iman

*** 

p/s : Asalamualaikum , mohon jasa baik kalian untuk doakan kejayaan dan keselamatan umat Islam di palestin, syiria ,ronghinya , Malaysia , dan serata dunia














***


Allahumma sholli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad 


@F0D2B / 7:04 am / Ramadhan

Comments

Popular posts from this blog

peluang

RESCUED

RANTS