stay strong .

alhamdulillah.asalamualaikum | Allahhumma Sholli 'Ala Muhammad w'aala alihi Muhammad

***




wei , penatlaa , asyik aku je kena , asyik aku je sedih , tuh tengok tuh
kenapa orang kat sana tak kena apa apa pun ,"

rungut iman sambil menumjukkan ke arah sekumpulan remaja sebaya mereka yg memang terkenal dengan pakaian yg  UP - TO DATE  , terkenal di mata ajnabi , couple sana sini




kau kena apa iman ?


kena uji ?


ke kau rasa down lagi ?


haa, lebih kurang laa ~



dear, kau tahu ? takkan beriman seseorang itu sehingga dia diuji




yela, tapi kenapa mesti aku yg kena ujian macam ni ?




tu diorang tu , dahla tak solat ,takde pulak kena apa apa , takda pulak kena uji , takda pulak rasa macam




aku rasa , then ,nikmat datang berbondong bondong je kt diorang ,




kenapa hah ? dunia memang tak adil eh ?




*pap *  
kedua belah bahu iman ditampar .








weyh , kau sedar tak kau cakap apa weyh ?

first , meh ingatkan kau balik

kau rasa kau sorang jer diuji ? sedangkan diorang tak ?


kita semua diuji beb , semua !

cuma bezanya , kita diuji dgn cara yg berbeza . kau diuji dgn kesusahan , diorang diuji dgn kesenangan (istidraj )

da lupa ke ayat Allah ?


"tidak akan aku uji seseorang hamba itu dgn ujian yg tak dapat dia tanggung "

lagi satu ada sebab kenapa Allah izinkan kau ditimpa ujian tu , ada sebab kenapa kau yg kena semua tu , ada sebab kenapa Allah biar kau sedih 

 ada sebab .

sedangkan pelangi yg indah pun terhasil selepas hujan
sedangkan rama rama yg cantik pun asalnya dari ulat kecil 
sedangkan awan yg kelabu pun turunkan hujan yg menyamankan ,

macam tu juga ujian ,

nampak buruk , nampak perit , tapi , sebaliknya , ia menguatkan .

***

tapi , diorang tu , buat maksiat, tapi kenapa still berjaya ? kira tak adil laa tu kan ?


istighfar iman , kau nak ke dapat kejayaan dalam keadaan ALLAH murka ? 
better kau gagal , tetapi Allah redha dengan keadaan kau yg tak bermaksiat .

memang , 
memang dunia ni tak adil ,
tapi jgn lupa , Allah MAHA ADIL .

kalau kau bergantung pada dunia, memang absolutely kau sedih , cuba bergantung kat ALLAH 
...

kau nak tahu saffiya , aku selalu berdoa , supaya ALLAH sayangkan aku 

 tapi ... kenapa hati aku tak tenang ? kenapa macam aku jer yg kena uji , orang lain tak pun ?

itu hanya pada mata kau iman ,
kau minta Allah sayang kau , sedangkan kau lupa , 
ujian itu tanda Allah sayang  .

kalau kau rasa mcm kau jer yg kena hujanan ujian , takpa ,
rileks , sebab kat luar sana , ada lagi yg lebih menderita dari kau .

contoh laa kan

kau sedih kau takda kasut baru  . tapi . ada pernah kau terfikir, ada  org kat luar sana , sedih , sebab tak ada kaki untuk berjalan di muka bumi 



Allahurabbi , 
apa pun yg jadi , cuba bersangka baik dgn Allah ,
kalau kita bersyukur , Allah akn tambah lagi nikmatNya kepada kita , 

remember iman, 

sentiasa ada sebab atas apa yg berlaku



terus kuat

terus kuat

terus kuat 

terus kuat  dalam iman


Allah bersama







asalamualaikum .



****



Comments

Popular posts from this blog

Lyubov.

peluang

8June